Dari
meja Guru Besar
Salam sejahtera
dan salam 1 Malaysia
Saya bersyukur sekali lagi saya berpeluang untuk menulis sebaris
dua ayat dalam Buku Takwim bagi tahun 2013.
Terlebih dahulu
saya memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan
di atas keizinan dan kesempatan bagi saya meneruskan amanah dan
tanggungjawab memimpin sekolah ini bagi tahun 2013.
Saya berasa bersyukur
kerana pada tahun 2012 sekolah telah berjaya
dalam beberapa bidang. Justeru itu pada tahun 2013 seluruh warga sekolah
mestilah menunjukkan keazaman dan lebih komited kepada tugas bagi memastikan
kecemerlangan menjadi milik kita. Para guru hendaklahbersedia dari segi minda dan
fizikal untuk melaksanakan
tugas dengan lebih bertanggungjawabdan berkesan.
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKMMN mesti
bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja
Kelas Pertama. Kerja yang kita buat hendaklah sentiasa berada ditahap cemerlang
dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Guru-guru diingatkan agar dasar-dasar dan projek terkini menjadi peluang dan cabaran untuk meningkatkan prestasi diri bagi mencapai visi
sekolah. Oleh yang demikian setiap warga SKMMN hendaklah sentiasa menyumbang
idea, masa dan tenaga dalam satu pasukan. Pasukan yang sentiasa bersepadu,
sentiasa tolong-menolong, sentiasa bekerjasama, sama-sama susah dan sama-sama
gembira.
Akhir sekali saya mengucapkan
ribuan terima kasih
kepada semua Penolong-Penolong Kanan
Guru-guru dan kakitangan
yang telah memberikan kerjasama
baik dalam penyediaan perancangan
pengurusan sekolah dan penyediaan
Buku Takwim Tahun ini.
‘ Guru Bestari, Kerja Berkualiti ’
(INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU)
Guru Besar,
SK Methodist Malim Nawar,
Jalan Tanjung
Tualang,
0 komen:
Post a Comment