Wednesday, August 10, 2011

SK METHODIST MALIM NAWAR - SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1950 oleh pertubuhan gereja Methodist dan orang ramai.Bangunannya merupakan bangunan kayu sementara yang terletak di Indian Camp Malim Nawar dengan nama Sekolah Inggeris Methodist Malim Nawar.

Sekolah ini mula ditadbirkan oleh V.D Kuppusamy sebagai Guru Besar hingga tahun 1961.Kemuadian jawatan Guru Besar telah dipangku oleh Encik Lai Kam Hong dan encik Seenisamy hingga tahun 1965.

Pada awal tahun 1965 bangunan sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekarang iaitu kawasan sekolah yang kekal.Pada masa itu sekolah ini dikelolakan oleh Encik Fang Ung Ming iaiatu Guru Besar ACS Methodist Kampar.

Pada masa itu hanya terdapat 3 buah bilik darjah sahaja iaitu darjah 1,darjah 2 dan darjah 3 dengan jumlah murid seramai 150 orang dan 4 orang tenaga pengajar.Segala kos pentadbiran dan rancangan pembesaran sekolah adalah bergantung kepada sumbangan derma orang ramai dan pihak swasta pada masa itu iaitu syarikat-syarikat perlombongan bijeh timah.Diantara syarikat yang banyak membantu perkembangan sekolah ini ialah Perak River Hydro dan syarikat kapal korek.

Pada 14hb.Julai 1966,Lembaga Pengurusan sekolah dengan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Encik Saw Thian Bee sebagai Guru Besar sekolah ini.Terdapat dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang kerana pertambahan murid yang berjumlah seramai 750 orang.

Pada tahun 1975 nama sekolah ini telah bertukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Methodist Malim Nawar dengan dasar SRK Bantuan Modal.Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,maka sekolah ini bertukar nama sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Methodist Malim Nawar hingga ke hari ini.

Sehingga kini  sekolah ini telah ditadbir oleh 13 orang Guru Besar seperti jadual berikut:

1950 – 1961                   : En.VD Kuppusamy,En.Lai Kam Hong,En.Seenisamy
1961 – 31/3/1965           : En.Fang Ung Ming
1/4/1965  - 15/1/1983     : En.Saw Thian Bee
16/1/1983 – 15/1/1987   : En.Hor Kum Foo
16/1/1987- 31/12/1993   : En.G.Samarrasan
1/1/1994 – 14/3/1997     : En.Hanib@Hanif Bin Arshad
15/3/1997- 14/3/1998     : En.Ahmad Malek Bin Naim
15/3/1998-2/10/2002      : En.Eri@Daheri Bin Yahaya
28/10/2002-16/9/2004    : Tn.Said Mun Bin Said Wok
10/2/2005 – 1/5/2008     : Pn.Hajah Siti Mariam Bt.Abdullah
1/7/2008 – 15/2/2011      : Tn.Hj.Jamaludin Bin Hj.Mat Mokhtar
16/2/2011 – Sekarang        : Pn Indhira a/p Thirunavukarasu

   

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakan ID dan PASSWORD VLE Frog

KPM - Berita dan Aktiviti

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More