Wednesday, October 31, 2012

GAMBAR STAF DAN MURID TAHUN 6 SEK KEB METHODIST MALIM NAWAR.DI HOTEL EXCELSIOR  IPOH PADA 31HB OKT 2012









USTAZ KAMI YANG SUDI MENGHADIRI MAJLIS TERSEBUT. " MAKAN APA TU "


PENOLONG KANAN KAMI YANG SENTIASA CERIA.


"TOSE TAK DAPAT AIS KACANG PUN JADILAH" THANKS PUAN INDHIRA

JEJAKA SEKOLAH KAMI YANG SELALU MALU MALU KUCING TAPI BEST KERJA UP TO DATE".CALEK LAH"









PENYAMPAIAN CENDERA HATI KEPADA PELAJAR TAHUN 6. "jANGAN LUPA UCAP TERIMA KASIH"


Monday, October 8, 2012

CERAMAH KEBERSIHAN GIGI

Pada 3hb Okt 2012  2 orang Pegawai Kesihatan Pergigian telah memberi Ceramah tentang perting nya menjaga Kebersihan gigi kepada murid Tahap 1 dan Tahap 2 di Dewan Sekolah SK Methodist.Ceramah yang bagitu menarik sekali dengan tayangan Slaid yang berwarna warni.Beliau telah menyentuh tentang

 
Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.

Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.

Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.

Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.

Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.

Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.

Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.

Jangan mengunyah ais, pen atau pensil

Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan ­memakan­ gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.


Memberus gigi
Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.

Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:

Pemegang yang mudah dikendalikan.

Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.

Permukaan berus yang padat.

Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.


Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.


Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:

Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.

Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.

Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.

Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.


Kaedah-Kaedah Memberus
1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi.

2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.

3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.


Teknik memberus yang betul

Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.

Bersihkan permukaan dalam gigi atas.

Bersihkan permukaan dalam gigi bawah

Semoga segala nasihat yang diberi akan diikuti demi kebersihan gigi murid murid nanti..












Wednesday, October 3, 2012

HARI KOKURIKULUM 2012 ( 29 / 30 SEPTEMBER )


OBJEKTIF PERKEMAHAN DIADAKAN ADALAH  SUPAYA MURID DAPAT MERASAKAN KESERONOKAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH YANG TERANCANG DAN BERMANFAAT UNTUK MEREKA. IA JUGA DAPAT MEMUPUK SIKAP SETIAKAWAN DAN MENYEMATKAN NILAI NILAI MURNI YANG DIPELARI DI BILIK DARJAH.





































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakan ID dan PASSWORD VLE Frog

KPM - Berita dan Aktiviti

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More