Sunday, January 26, 2014

Kata Aluan 2014






Dari meja Guru Besar
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Saya bersyukur sekali  lagi saya berpeluang untuk menulis sebaris dua ayat dalam Buku Takwim bagi tahun 2014.
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan  di atas keizinan dan kesempatan bagi saya meneruskan amanah dan tanggungjawab memimpin sekolah ini bagi tahun 2014.
Saya berasa bersyukur kerana  pada tahun 2013 sekolah telah berjaya dalam beberapa bidang. Justeru itu pada tahun 2014 seluruh warga sekolah mestilah menunjukkan keazaman dan lebih komited kepada tugas bagi memastikan kecemerlangan menjadi milik kita. Para  guru  hendaklahbersedia dari segi minda  dan  fizikal  untuk  melaksanakan  tugas  dengan  lebih bertanggungjawabdan berkesan.
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKMMN mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja yang kita buat hendaklah sentiasa berada ditahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Guru-guru diingatkan agar dasar-dasar dan projek terkini menjadi peluang dan cabaran untuk meningkatkan prestasi diri bagi mencapai visi sekolah. Oleh yang demikian setiap warga SKMMN hendaklah sentiasa menyumbang idea, masa dan tenaga dalam satu pasukan. Pasukan yang sentiasa bersepadu, sentiasa tolong-menolong, sentiasa bekerjasama, sama-sama susah dan sama-sama gembira.
Akhir sekali saya mengucapkan  ribuan  terima  kasih  kepada  semua  Penolong-Penolong Kanan
Guru-guru dan  kakitangan  yang  telah memberikan kerjasama baik dalam penyediaan perancangan
pengurusan  sekolah dan penyediaan Buku Takwim Tahun ini.

‘ Guru Bestari, Kerja Berkualiti ’

 
(INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU)
Guru Besar,
SK Methodist Malim Nawar,
Jalan Tanjung Tualang,
31700 Malim Nawar,Perak.  
                                  

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakan ID dan PASSWORD VLE Frog

KPM - Berita dan Aktiviti

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More