Showing posts with label kata kata aluan. Show all posts
Showing posts with label kata kata aluan. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Kata-kata Aluan

Dari meja Guru Besar

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Saya bersyukur sekali  lagi saya berpeluang untuk menulis sebaris dua ayat dalam Buku Takwim bagi tahun 2014.
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan  di atas keizinan dan kesempatan bagi saya meneruskan amanah dan tanggungjawab memimpin sekolah ini bagi tahun 2014.
Saya berasa sangat bersyukur kerana  pada tahun 2013 sekolah telah menunjukkan beberapa kejayaan dalam semua bidang terutama dalam UPSR. Jesteru itu pada tahun 2014 seluruh warga sekolah mestilah menunjukkan keazaman dan lebih komited kepada tugas bagi memastikan kecemerlangan terus dimiliki. Para  guru  hendaklah bersedia dari segi minda  dan  fizikal  untuk  melaksanakan  tugas  dengan  lebih bertanggungjawab dan berkesan.
Guru-guru diingatkan agar dasar-dasar dan projek terkini menjadi peluang dan cabaran untuk meningkatkan prestasi diri bagi mencapai visi sekolah ”
Akhir sekali saya mengucapkan  ribuan  terima  kasih  kepada  semua  Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru dan  kakitangan  yang  telah memberikan kerjasama baik dalam penyediaan perancangan  pengurusan  sekolah dan penyediaan Buku Takwim Tahun ini.




‘ Guru Bestari, Kerja Berkualiti ’







(INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU)
Guru Besar,
SK Methodist Malim Nawar,
Jalan Tanjung Tualang,
31700 Malim Nawar,Perak.                                     




Friday, August 12, 2011

KATA KATA ALUAN


KATA-KATA ALUAN

Salam sejahtera….

Kejayaan sesebuah sekolah adalah hasil usaha dan komitmen bersama daripada semua pihak iaitu guru, ibu bapa, masyarakat dan agensi setempat. Tanpa sokongan daripada mereka berkemungkinan usaha tersebut tidak berjaya.  Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan saya agar warga sekolah dapat mewujudkan budaya sihat dan hubungan yang mesra dengan ibu bapa dan komuniti setempat.  Semua ini demi memastikan setiap perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya dan lancar bersama-sama dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Prestasi akademik  UPSR  2010 menunjukan 20 daripada 26 orang sahaja murid lulus (74.07%) dan bilangan murid yang memperolehi 5A hanya 2 orang. Walaupun peratusan pencapaian jatuh sedikit, namun itu bukan penghalang atau pelemah semangat kita. Ia seharusnya menjadi iktibar kepada kita memperbaiki keadaan untuk terus meningkatkan kejayaan dimasa akan datang.

Dasar KPM dalam NKRA, Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pada tahun sudah dan perlaksanaan Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula di tahun satu pada tahun ini, matalamatnya untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), tiada lagi murid buta 3M menjelang tahun 2012, serta bagi menghadapi alaf baru, merupkan cabaran dan tanggunjawab yang semestinya dimantapkan dan direalisasikan dengan sempurna. Semua guru, murid dan warga sekolah diharap dapat menggandakan usaha bagi mencapai hasrat tersebut.

Justeru itu, marilah kitas bersama-sama menerus dan melaksanakan segala program yang dirancang untuk meningkatkan lagi prestasi serta imej sekolah kearah kegemilangan. Bersamalah kita berusaha mengembeleng tenaga memberi ilmu untuk anak bangsa. - membina modal insan yang berdisplin, produktif dan inovatif. 

Usaha gigih, kerajinan dan keikhlasan kita menjalankan tugas serta tanggungjawab, hasrat kita akan berjaya dan menjadi kenyataan.

Akhir sekali, pihak pentadbiran sekolah berharap semua agenda yang dirancang bagi Tahun 2011 akan tetap sampai kesasaran.  Usaha ini akan berterusan dan akan menjadi satu episod dalam perjuangan kita ke arah memartabatkan dunia pendidikan dan seterusnya memperkasakan sekolah kita. 

Sekian.

Salam hormat dari saya,

INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU
Guru Besar
SK Medthodiast Malim Nawar,
Perak Darul Ridzuan.

Tarikh: 16 Februari 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semakan ID dan PASSWORD VLE Frog

KPM - Berita dan Aktiviti

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More